Sunday, July 4, 2010

...Jin & Alam Ghaib...


Salam semua..hehe
dh lama rsanya anis x update entry nih...
sbnrnya anis tgh bercuti skrg ni...bru abis short sem...
faham2 lah, klu kt umah ni, msa utk laptop ni memang kurang sikit..

oklah, kali ni anis nk kongsi sikit pasal tjuk ni ngan korang semua...
pagi td, anis ada tertonton rancangan Tanyalah Ustaz dengan ayah anis...tjuk dia mcm tjuk entry anis ni la...'Jin & Alam Ghaib'...disampaikan oleh Ustaz Sharhan Shafie...
so, anis rsa elok la klu anis kongsi benda2 mcm ni kt sni...utk pnduan kta bersama...hehe

ni la Ustaz Sharhan Shafie...

Sebenarnya jin dan makhluk halus ini wujud dan sentiasa berusaha untuk menganggu manusia...
dan barangsiapa yg bersekongkol dengan jin pasti akan mendapat kesusahan kelak...
Kebanyakkan cara utk menangkis makhluk halus ni adalah dengan menggunakan bacaan ayat2 Al-Quran shj...
Untuk mengetahui samada badan kita telah diganggu makhluk ini atau tidak, ada beberapa cara, antaranya ialah melalui mimpi...
kata ustaz ni, mimpi adalah salah satu medium untuk Allah memberitahu kita tentang sesuatu...misalnya mimpi mengenai menyusukan bayi..x kiralah samada kita ataupun melihat orang lain menyusukan bayi...

Ustaz Sharhan ini juga ada menjawab pertanyaan seorang pemanggil yang ingin penjalasan lanjut mengenai sawan...
Sawan juga sebenarnya adalah gangguan jin...nama jin 2 anis x brape ingat la...
tapi, jin ni, klu dia duduk kt lautan, lautan akan kering, klu dia duduk di atas pokok, pokok 2 akan mati...betapa dahsyatnya jin 2...klu dia duduk kt orang, orang 2 akan sawan la...
Untuk perubatannya, Ustaz ini ada mencadangkan satu cara iaitu, tatkala seseorang itu diserang sawan, dia terjatuh ketanah dan mulutnya berbuih, cabut rambutnya yang kelihatan seperti spring dia atas ubun2....sebelum mencabut rambut itu, bacalah 'BismillahiMasyaAllah', InsyaAllah serangannya akan berkurang dan akhirnya sembuh...
Jin ini sangant suka merayau pada waktu senja, oleh itu, untuk mengelakkan gangguan jin, hindarilah berada diluar rumah pada waktu ini...

Seeloknya kita perkukuhkanlah benteng keimanan kita untuk mengelakkan perkara seperti ini daripada berlaku...
Ustaz ini ada menjual buku mengenai cara menangkis makhluk halus ini yg bertajuk 'Perubatan Islam Menangkis Makhlus Halus'...terdapat di pasaran..edaran darul nu'man...hehe (tolong promote)...

Untuk pengetahuan semua, Ustaz Sharhan ni juga ada menyediakan rawatan untuk penyakit2 seperti ni di pusat rawatan beliau, iaitu Pusat Rawatan Islam Zamdurrani...ni link ke laman webnya...sesaper yg ada masalah diluar sana bolehlah mencuba..
kiata hanya berusaha, kuasa menyembuhkan itu di tangan ALLAH...

oklah, setakat ni je dulu entry kali ni...mana yg betul 2 kita jadikan panduan, yg salah 2 tolong2lah betulkan...hehe

Wallahu'alam....

No comments:

Related Posts with Thumbnails